MENU

Sunday, March 17, 2019

Inovasi

“SMART BIN”
  • Tong sampah kitar semula ini dibuat menggunakan bahan yang sudah tidak digunakan seperti kayu almari, bekas makanan, dan lebihan papan dan kadboard.
  • Kawasan sekitar Tong ini menggunakan beberapa elemen penjimatan tenaga di mana lampu yang diletakkan di kawasan tong ini adalah sepenuhnya menggunakan tenaga solar dan ia akan menyala dengan lebih terang apabila ada pergerakan menghampiri kawasan tong.
  • Tong ini juga diletakkan beberapa elemen pintar dimana penutup tong akan terbuka apabila ada pergerakan menghampiri hadapan tong, dan penutup tersebut akan tertutup selepas tempoh 5 saat. 
  • Sekaligus ia akan menarik dan mendidik lebih ramai orang untuk menggunakan tong kitar semula ini.


Monday, March 4, 2019

Go-Green

GO GREEN

-     Zon kami menerapkan elemen go green di setiap kawasan pejabat dengan beberapa pendekatan.
-     Antaranya dengan meletakkan tumbuhan hijau di beberapa kawasan : tandas awam dan tandas kakitangan,sudut go green di kawasan pintu masuk utama dan di beberapa kawasan di sekitar pejabat. Ini adalah untuk memastikan persekitaran yang nyaman dan selesa dengan udara yang bersih.
-     Selain itu pendekatan amalan go-green diterapkan dalam penjimatan penggunaan elektrik di setiap kawasan, peringatan mesra berkaitan amalan penjimatan tenaga turut diletakkan di alat kawalan penyaman udara, suis lampu dan kipas, juga di setiap monitor komputer dan di meja setiap kakitangan ini adalah untuk mendidik warga kerja agar dapat mengaplikasi amalan penjimatan tenaga ini pada setiap waktu.

Imej Info Go-Green


Amalan Go-Green Di Komputer


Amalan Go-Green Di Penyaman Udara

Amalan Go-Green Di Suis Lampu

-     Penggunaan lampu solar di sudut go green, dimana penjimatan tenaga diaplikasikan dengan hanya menggunakan lampu yang menggunakan tenaga solar untuk menerangi kawasan tersebut. 

Penggunaan Lampu Solar
Label Elemen Go-Green