MENU

Friday, April 26, 2019

Sebelum Dan Selepas 26 April 2019

Ruang kerja telah dikemaskini dan disusun mengikut kehendak auditor.


 Bilik server telah dibersihkan termasuklah semua peralatan di bilik tersebut.

 Label dan parking telah ditanggalkan kerana tidak digunakan dan kawasan tersebut telah dibersihkan.

Kotak penyimpanan telah dilabel sewajarnya.

 Label Pegawai Yang Bertanggungjawab telah diletakkan di atas aturan penggunaan mesin.


 Peralatan pembersihan telah diletakkan di stor pembersihan dan kawasan tersebut telah diikemaskini

 Borang KEW-PA7 telah dikemaskini mengikut panduan.

 Kawasan lokap telah dibersihkan dan bahan-bahan merbahaya telah dibuang.

 Tanda arah laluan kecemasan telah ditukar mengikut kehendak dan panduan auditor

 Bilik telah dibersihkan. Barang-barang yang boleh digunakan telah diletakkan di tempat yang sewajarnya . Dalam proses menjadikan bilik tersebut untuk kegunaan yang lebih bermanfaat bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.











Sunday, March 17, 2019

Inovasi

“SMART BIN”
  • Tong sampah kitar semula ini dibuat menggunakan bahan yang sudah tidak digunakan seperti kayu almari, bekas makanan, dan lebihan papan dan kadboard.
  • Kawasan sekitar Tong ini menggunakan beberapa elemen penjimatan tenaga di mana lampu yang diletakkan di kawasan tong ini adalah sepenuhnya menggunakan tenaga solar dan ia akan menyala dengan lebih terang apabila ada pergerakan menghampiri kawasan tong.
  • Tong ini juga diletakkan beberapa elemen pintar dimana penutup tong akan terbuka apabila ada pergerakan menghampiri hadapan tong, dan penutup tersebut akan tertutup selepas tempoh 5 saat. 
  • Sekaligus ia akan menarik dan mendidik lebih ramai orang untuk menggunakan tong kitar semula ini.


Monday, March 4, 2019

Go-Green

GO GREEN

-     Zon kami menerapkan elemen go green di setiap kawasan pejabat dengan beberapa pendekatan.
-     Antaranya dengan meletakkan tumbuhan hijau di beberapa kawasan : tandas awam dan tandas kakitangan,sudut go green di kawasan pintu masuk utama dan di beberapa kawasan di sekitar pejabat. Ini adalah untuk memastikan persekitaran yang nyaman dan selesa dengan udara yang bersih.
-     Selain itu pendekatan amalan go-green diterapkan dalam penjimatan penggunaan elektrik di setiap kawasan, peringatan mesra berkaitan amalan penjimatan tenaga turut diletakkan di alat kawalan penyaman udara, suis lampu dan kipas, juga di setiap monitor komputer dan di meja setiap kakitangan ini adalah untuk mendidik warga kerja agar dapat mengaplikasi amalan penjimatan tenaga ini pada setiap waktu.

Imej Info Go-Green


Amalan Go-Green Di Komputer


Amalan Go-Green Di Penyaman Udara

Amalan Go-Green Di Suis Lampu

-     Penggunaan lampu solar di sudut go green, dimana penjimatan tenaga diaplikasikan dengan hanya menggunakan lampu yang menggunakan tenaga solar untuk menerangi kawasan tersebut. 

Penggunaan Lampu Solar
Label Elemen Go-Green








Wednesday, January 30, 2019

Gotong-Royong 30 Januari 2019


Tajuk: Aktiviti Gotong Royong
Tempat: Seluruh kawasan mahkamah

Maklumat aktiviti :
Aktiviti memasang papan tanda seluruh kawasan mahkamah



Wednesday, January 23, 2019

Gotong Royong 23 Januari 2019


Tajuk: Aktiviti Gotong Royong 
Tempat: Seluruh Kawasan Mahkamah

Maklumat aktiviti :
Aktiviti menceriakan persekitaran mahkamah